Petanda tukar kabinet baru 2

Petanda Perlunya Kabinet Dapur yang Baru

Macam mana nak tahu bila kabinet dapur perlu diganti?

Apabila kabinet dapur tidak berada dalam kondisi yang baik?

Apabila kita tidak suka dengan layout dapur kita?

Apabila pintu kabinet mempunyai masalah yang serius sehingga tidak boleh diganti lagi?

Apabila kita tidak suka dengan design sedia ada? 

Terdapat beberapa faktor untuk menentukan bila perlunya mengganti kabinet dapur. Secara asasnya kabinet dapur dapat bertahan 20-50 tahun bergantung kepada material dan penjagaan. Apabila usianya semakin tua, amatlah digalakkan untuk mengganti kabinet dapur berbanding membaiki kerosakan tersebut. 

5 tanda-tanda anda perlu mengganti kabinet dapur 

kabinet masuk air

1. Kemasukan air

Kemasukan air menyebabkan kabinet membengkak, tidak tertutup rapat, perubahan warna dan mempunyai bintik-bintik gelap terutamanya untuk material kayu. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mencari punca kebocoran air dan menyelesaikan masalah tersebut supaya kabinet baru tidak mengalami masalah yang sama. Sangat penting untuk bahagian sinki menggunakan material kalis air untuk elakkan kelembapan, masalah kulat dan sarang serangga perosak.

kabinet tak fungsi
 

2. Fungsi kabinet secara keseluruhannya mengecewakan

Walaupun kabinet dah lawa tapi tidak berfungsi dengan baik seperti sukar diakses dan perlu mengeluarkan barang untuk mencapai barang lain yang tersangkut di belakang, itulah tandanya untuk mengganti kabinet baru. Selain itu, pintu kabinet tersekat, mengeluarkan bunyi yang pelik dan berlanggar sesama sendiri menandakan kabinet itu tidak berfungsi dengan baik. 

kabinet lembap
 

3. Kabinet “lembut”

Cuba tolak di sisi kabinet, adakah merasa lembut? Jika ya, inilah tanda kerosakan teruk yang akan runtuh sepenuhnya. Sisi kabinet adalah sangat penting di mana anda akan rugi jika membuat perubahan astetik tetapi sisi kabinet rosak.

kabinet berkulat
 

4. Kabinet berkulat

Kulat yang tidak dibersihkan dari awal agak sukar untuk dikawal. Ia bukan sahaja menjejaskan kabinet dapur tetapi juga mengganggu kesihatan keluarga. Kulat tumbuh di kawasan lembap. Kenal pasti sumber air agar masalah tersebut tidak berulang.

Kabinet engsel longgar

5. Kotak kabinet dalam keadaan buruk

Sekiranya kotak kabinet terlalu usang untuk menggerudi semula lubang baru atau memasang engsel baru, struktur kotak kabinet tidak akan cukup kuat untuk menampung pintu kabinet baru. Sebelum melabur wang yang lebih banyak, anda pelu memastikan kayu itu dapat menyokong lubang dan engsel baru. 

Pastikan anda membuat pilihan tepat sama ada untuk mengganti kabinet baru atau membaiki kabinet sedia ada untuk menjimatkan kos. Kenal pasti masalah sebelum mengganti kabinet dapur supaya masalah yang sama dapat dielakkan. Jagalah kabinet dapur anda supaya anda sentiasa tampak yakin di depan pengunjung

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Salam sejahtera.
Apa kami boleh bantu?